Lirik Suasana Di Hari Raya - Faizal Ismail, Farah Fauzana, Kieran, Ikhwan, Chad, Hadi, Angel, Upin & Ipin

Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira...

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberi ketenangan dan mententeramkan jiwa...

Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi...

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak diberi...

Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira...



Video & Lyrics Information
Artist: Faizal Ismail, Farah Fauzana, Kieran, Ikhwan, Chad, Hadi, Angel, Upin & Ipin
Album: N/A
Year: N/A
Lyrics: Suasana Di Hari Raya
Melody: N/A
Arrangement: N/A
Copyright: N/A
FACEBOOK COMMENT!

0 comments:

Post a Comment