Lirik Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Ellina

-Anuar Zain-
Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan
Semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan
Bersyukur tak terkira

-Elina-
Bertukar senyuman dan salam
Ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan
Saling memaafi
Suasana Hari Raya
Walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan
Dan mententeramkan jiwa

( korus * )

-Anuar Zain-
Kuih dan muih
Beranika macam
Makanlah jangan
Hanya dipandang...
Elina:
Ketupat rendang
Sila nikmati kawan
Penat memasak
Malam ke pagi

( korus ** )

-Anuar Zain-
Wajik dan dodol
Jangan lupakan
Peninggalan nenek
Zaman berzaman...
-Elina-
Asyik bersembang
Pakcik dan makcik
Hai, duit raya
Lupa nak diberi...

-Anuar Zain & Elina-
Berlalulah sudah Ramadan
Sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan
Semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan
Bersyukur tak terkira

( Ulang korus * & ** )



Video & Lyrics Information
Artist: Anuar Zain & Ellina
Album: N/A
Year: N/A
Lyrics: Suasana Hari Raya
Melody: N/A
Arrangement: N/A
Copyright: N/A
FACEBOOK COMMENT!

0 comments:

Post a Comment