Lirik Pergi Tak Kembali - Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa...

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata...

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya...

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana...

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim...

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi...

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi...

Tanggal 13 Ogos 2009, Mohamad Asri Ibrahim(RABBANI), 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung. Beliau pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat.. Al-Fatihah



Video & Lyrics Information
Artist: Rabbani
Album: N/A
Year: N/A
Lyrics: Pergi Tak Kembali
Melody: N/A
Arrangement: N/A
Copyright: N/A
FACEBOOK COMMENT!

0 comments:

Post a Comment